Sunday 7 August 2011

Lilin.

p/s: post ini bertarikh 4 Ogos. Aku lupa nak post hehe save as draft je haritu

Hari ini aku belajar tanpa lampu. Gelap sungguh terasa dunia ini. Ku bimbang akan malam yang bergelapan ini akan berterusan. Ok cukup, rumah aku blackout tadi. Esok pula exam Akaun, ah memang terbaik lah! 


Aku ni bukan la rajin seperti semut yang di dalam tanah tu, ikut, teratur je jalan ikut bos. 
Cikgu tuiton aku datang rumah, baru je buka buku *pap! Terus gelap satu kawasan perumahan aku. Nak taknak, daripada aku dapat gagal dlm ujian Akaun(lagi sekali), aku teruskan kelas itu *ceh cerita macam aku yang cikgu.

Belajar pakai lilin. Memang pedih bila mata kena tekan nak bagi nampak buku, aku ni dah la rabun. 250 kanan, 275 kiri


Oh ya! Blackout pukul 7pm-10pm. Jadi aku pun berbuka bersama lilin. Ala-ala candle light dinner la, romantik tak? Langsung tak nampak makanan. Entah apa aku makan tadi, main humban je masuk mulut. Lipas ke, pinggan ke, kucing ke aku terus masuk mulut. Lapar punya pasal aiyoyo

Baiklah, sekarang dah pukul 2.17AM dan mataku masih bernyawa. Semoga aku boleh jawab exam Akaun esok! 

Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment