Wednesday 7 December 2011

Usang

Blog ni sudah lama aku tinggalkan. Berhabuk, bersawang, bersegalanya lah. Patut aku bersihkan tak? Hmm

Saturday 20 August 2011

Sodap


Aku tak tahu apa nama kau, tapi yang aku tahu kau ni sedap. 
*Kepada abah/mama/alep/nada/hanis, maaf kalau iman termakan cupcake ni. Dah dekat depan mata. Apa lagi, sambar ah!

Wednesday 17 August 2011

Bila kata merah, tak seharusya berdarah. 


Bila kata hitam, tak semestinya kotor. 


Bila kata putih, tak semuanya bersih.


Bila kata biru, tak semestinya lucah.

Monday 15 August 2011

-



Apabila rasa sakit sudah tidak terasa kerana sudah terbiasa.

Pernah tak

Pernah tak korang rasa macam


Nak terjun bangunan dari tingkat atas sekali
Nak tampar muka dia depan-depan
Nak botakkan rambut
Nak baring atas jalan raya
Nak jadi kaya
Nak jadi cantik/comel/handsome/cun
Nak terbang
Nak jadi burung
Nak cakap dengan binatang
Nak bernafas dalam air
Nak bela harimau
Zoo terus la senang.
Nak....

Kalau nak semua susah la hidup.
Tetiba mengidam lak

Monday 8 August 2011

Goodbye my baby / Selamat tinggal bayiku

 *Tittle aku bunyi lain macam...

Awal tadi, mak aku mengadakan sebuah gotong-royong (dalam rumah jela). Jadi banyaaaaaaaak sangat permainan dan anak patung yang kena buang sobsob aku dah besar rupanya

Ini lah "bayi" aku sejak darjah emmm 2 kot
Comel kan? Cakap comel cepat! Siap ada tahi lalat manis lagi macam Siti Nurhaliza gitu tau haa. Pampers dia sudah bersawang tidak pernah tukar

Kalau korang tidak tahu ini anak patung apa, inilah Baby BRATZ. Alaa takkan la zaman cik kiah dulu korang tak pernah main kot? Yang ni ha yang ni

Dua dua aku terpaksa buang wuuuu


Takpe nak takpe, papehal contact je mami Iman dekat sini. Skype MSN ke pe

Ibu pasti akan merinduimu :(
MuAhxXx*~ sikit

Sunday 7 August 2011

Lilin.

p/s: post ini bertarikh 4 Ogos. Aku lupa nak post hehe save as draft je haritu

Hari ini aku belajar tanpa lampu. Gelap sungguh terasa dunia ini. Ku bimbang akan malam yang bergelapan ini akan berterusan. Ok cukup, rumah aku blackout tadi. Esok pula exam Akaun, ah memang terbaik lah! 


Aku ni bukan la rajin seperti semut yang di dalam tanah tu, ikut, teratur je jalan ikut bos. 
Cikgu tuiton aku datang rumah, baru je buka buku *pap! Terus gelap satu kawasan perumahan aku. Nak taknak, daripada aku dapat gagal dlm ujian Akaun(lagi sekali), aku teruskan kelas itu *ceh cerita macam aku yang cikgu.

Belajar pakai lilin. Memang pedih bila mata kena tekan nak bagi nampak buku, aku ni dah la rabun. 250 kanan, 275 kiri


Oh ya! Blackout pukul 7pm-10pm. Jadi aku pun berbuka bersama lilin. Ala-ala candle light dinner la, romantik tak? Langsung tak nampak makanan. Entah apa aku makan tadi, main humban je masuk mulut. Lipas ke, pinggan ke, kucing ke aku terus masuk mulut. Lapar punya pasal aiyoyo

Baiklah, sekarang dah pukul 2.17AM dan mataku masih bernyawa. Semoga aku boleh jawab exam Akaun esok! 

Assalammualaikum